Dec 17, 2008

tiada siapa yang tahu

cinta itu buta bak kata orang
bisa membutakan apa saja dilihat
semua indah belaka tiada yang tidak
apa saja yang dilakukan bersama
susah bersama senang pun bersama
tapi itu dulu...kini apa yang tinggal hanyalah

luka, duka, kenangan,
dimana silapnya?
dimana salahnya?
tiada kata-kata untuk mengungkapnya
kenapa semua berubah?
aku benci akan perubahan

hati hancur remuk berkecai
tiada siapa yang tahu apa yang berlaku
segala janji dan impian yang terbina
hancur dalam sekelip mata
tinggal habuk-habuk kenangan
tiada lagi harapan ku lihat

aku berdiri seorang
aku berjalan seorang
biarpun di tengah manusia yang sesak
aku tetep seorang
adakah kau tahu?

adakah ini tipu helah atau kebenaran dari kau
mana satu aku sendiri tidak tahu
aku sudah buta disebabkan oleh cinta
rasa seperti semalam sahaja ianya berlaku
tetapi hari ini segalanya musnah
seperti nya hati aku ini
umpama kaca jatuh pecah seribu

aku kembali seorang lagi
tanpa sesiapa
apa yang aku tahu
tempat ini tiada siapa boleh menggantikannya

0 comments: