Mar 31, 2011

masa

tik tok tik tok
masa berdetik begitu pantas dan meninggalkan kita
semua idamkan adanya mesin masa...
ada yang mahu selamanya berada di masa lampau
ada yang mahu membetulkan kembali kesilapan lampau
tapi semua itu tidak akan jadi realiti kerna semua itu fantasi
semua yang terjadi telah ditentukan oleh kita dengan pilihan dan tindakan kita sendiri
tidak ada salahnya mengimbas kembali
tetapi jika terus begitu...adakah kita akan terus ke hadapan jika begitu?
jam menunjukkan jam sebelas setengah...separuh jam lagi ke detik tengah malam
mata tetap terbuka luas, otak tetap ligat memproses ide ide
badan mahu merehatkan diri di tilam empuk
aku tetap berada di depan komputer
menaip, melayari, mendengar dan melihat

Mar 29, 2011

imbas kembali

agak lama aku menyepi....
bukan bosan tapi mencari ide dan menghadapi realiti
melihat gelagat manusia, menghabiskan masa bersama rakan-rakan seperjuangan
manusia semakin asyik dengan dunia mereka manakala aku dengan duniaku
jumaat lepas, sempat aku habiskan beberapa jam di bukit bintang atau singkatannya BB
ditengah-tengah kuala lumpur, aku duduk di satu tempat
memerhatikan mereka dengan penuh konsentrasi
suka, duka, marah, teruja, kecewa....semua emosi dapatku lihat
walaupun hanya beberapa jam disana
dari umur anak-anak bersekolah hingga yang sudah beruban
ada yang bertujuan, ada yang melegar tanpa hala, ada yang mengejar dunia
semua aku amati, perhati dan ditangkap melalui lensa kamera ku
aku begitu asyik sehingga terasa berada di dunia asing
begitu banyak perubahan yang berlaku disini
aku tak pasti ianya bagus atau tak
terpulang pada masing-masing
tapi aku sungguh teruja dapat jadi orang asing di tempat itu
begitu banyak yang aku lihat
ada yang membuat aku gelak, ada yang membuat aku terfikir sejenak
harap dapat membuat aktiviti ini sekali lagi
:)

Mar 20, 2011

seronok!

cuti sekolah hampir ke hujungnya
cuti minggu pun hampir ke hujungnya
esok bermula lagi hari yang sama, rutin yang sama, kerja yang sama
untuk 5 hari berikutnya....itu yang akan diulangi setiap masa
ada antara kalian benci hari biasa, ada yang benci hari minggu
begitu juga sebaliknya
tapi aku suka setiap hari hari ku
kerana kerja ku dan cuti ku searus, seiring dan sejalan
yeahhhhhh serius hebat bukan?
aku bahagia walaupun tidak sentiasa berada
kerana aku ada keluarga dan kawan-kawan menjadi teman suka duka
harapnya kekal sampai bila-bila
:)

Mar 18, 2011

hilang

aku buntu dan ketandusan idea untuk menaip entri baru dan segar hari ini
seakan tak dapat berfikir dengan warasnya
ampun maaf dan tunggu entri akan datang
selamat hujung minggu semua

Mar 17, 2011

mencari

cinta? apa itu cinta?
setiap orang mempunyai definisinya tersendiri
cinta pada tuhan, cinta pada keluarga, cinta pada kekasih
terlalu banyak untuk di definisikan malah ianya agak subjektif
tapi dalam kita mencari cinta...adakah apa yang dicari itu yang pasti?
aku bukan seorang pakar...aku juga seperti kamu semua
hendak mengatakan aku tak mencari...tipu
senang cerita masih tak jumpa yang berkenan di hati
aku tak pandang pada rupa tapi itu satu yang bonus
aku cari yang punya budi bahasa, bersopan santunnya,
elok tutur katanya, baik budi bicaranya,
pandai menjaga dirinya,
memahami dan menerima ku seadanya,
ah! mungkin aku terlalu optimistik dan perfectionist
tapi tak salah bukan kita mengharap sesuatu sebegitu?
itu citarasa ku, berbeza pula dengan citarasa orang lain
tak begitu?
bait lagu untuk entri kali ini agak oldskool tapi lagunya agak menarik
diambil dari band Flop Poppy lagu bertajuk "CINTA"

" dan kusebutkan namamu
dalam doa ku setiap kalinya
agar kau kembali
menenangkan hati dan perasaan "

Mar 15, 2011

muda

entah kenapa aku rasa macam semua bergerak pantas
pejam celik pejam celik dah cuti sekolah
oh! aku bukan budak yang masih bersekolah
dah memasuki alam dewasa takkan dianggap bersekolah bukan?
kalau imbas kembali, waktu sekolah adalah waktu yang paling seronok
belajar, kawan-kawan, itu, ini...terlalu banyak untuk dikatakan
tapi semua dari kita pernah melalui zaman atau waktu itu
dan ada ketikanya kita harapkan dapat selamanya kekal di alam persekolahan
ha! jangan tipu tidak terdetik hati ini nak macam itu
aku pun sama macam kalian...rindukan waktu itu
tapi apakan daya, masa tetap bergerak searus dan seiring
membesar tetap membesar, tiada yang boleh melawannya
bait lagu "muda" oleh kumpulan HUJAN membuat aku tersengih sendiri

" alangkah,
indahnya dunia,
bila kita semua,
tak akan membesar,
alangkah,
indahnya dunia,
bila kita semua,
akan bersama selamanya "

seberapa pantas

ah! baru tersedar dari lamunan
sudah 15hari kita berada didalam bulan mac
bulan ketiga dalam tahun ini
agak pantas dan laju waktu bergerak
rase seperti baru semalam sahaja baru memasuki tahun 2011
nampaknya harus mempercepatkan semua pun dengan segera
tak begitu?
;)

Mar 13, 2011

mereka yan punyai tumblr
ikuti bebelan ku disini
(jika punya tumblr)

inchefitri.tumblr.com

aku masih 50-50 samada untuk tutup blog ini
atau terus aktif di 2-2 blog
apa pendapat kalian?

Mar 12, 2011

pilihkan

hidup ini ibarat roda kata mereka
kadangkala dibawah kadangkala diatas
aku akui agak benar kata mereka
kita senantiasa harapkan semuanya indah tapi tak pernah menjadi
kenapa? jika tiada ujian dan dugaan dalam hidup tidak matang lah kita
tidak pandailah kita memilih
tidak pandailah kita membuat keputusan
itu kata aku dan pendapatku
lain orang lain katanya dan pendapatnya
sebab itu tuhan jadikan kita berbeza semuanya
apa yang ada dan diciptakan ada tujuannya

aku bukan hendak berdakwah atauh ceramah
juga aku bukan orang yang baik-baik....
aku berkata-kata tentang sesuatu yang logik akal
kita pasti mahu memberontak jika dikongkong
jadi apa yang kita mahu buat, APA SAJA
pasti ada pilihan...baik atau buruk,
bagus atau mudarat,
bergantung pada pilihan dan keputusan yang kita buat
apapun pilihan dan keputusan menjadi yang utama dalam
apa yang kita buat...jika tak percaya, berhenti sejenak dan fikirkanlah

:D

Mar 3, 2011

emosial rasional

lagi entri segar dari otak yang berfungsi ligat
ke jari jemari menaip pantas dan cekap
ke papan kekunci yang mengeluar bunyi "tak!" bila di tekan
ke skrin komputer yang dilihat dengan mata untuk memastikan
semuanya searus dan sehala.....
entah kenapa begitu terusik dan asyik aku berbicara dalam bahasa ibunda
adakah aku jemu dengan bahasa asing? mungkin tidak
mungkin juga ingin mencuba sesuatu yang baru barangkali
abaikan saja...
ide ku, blog ku, kata-kata ku
kalian hanya perlu baca jika mahu
tiada paksaan mahupun ugutan

tika ini
hatiku ditempat lain
mindaku ditempat lain
jasadku masih di sini
bagaimana ini boleh terjadi
adakah penjelasan saintifik dan logik untuk semua ini
aku makin keliru dan kusut
sesatkah aku? hilangkah aku?
aku pun tidak tahu...
aku butuh mencari jalan
aku butuh mencari jawapan

Mar 2, 2011

bilakah?

lagi entri aku menaip dalam bahasa melayu
entah kenapa hati begitu terusik untuk berbicara begini
hipokrit? labelkan lah aku begitu...tapi yang tahu saja tahu
kenapa begini? semua kerana dunia....ya! dunia!
dunia yang semakin futuristik
dunia yang semakin maju
dunia yang................haih
terlalu banyak untuk dikatakan
semakin maju dan semakin alpa dihanyut dek arus kemajuan
sampai bila mahu begini? masa untuk bangun sudah tiba
mampukah? tepuk dada tanya selera

Mar 1, 2011

katanya

entri kali ni aku berbicara dalam bahasa melayu
kerana lebih mudah untuk aku meluahkan semuanya
bak lirik lagu hujan dalam kau harus ada
" rasa itu ini sementara, ku takkan disini selamanya "
rasa...pelbagai rasa yang sedang aku alami sekarang
aku tak pasti apa yang patut ku lakukan
aku bagaikan berada di alam fana
samada di fantasi ataupun realiti aku sendiri tak tahu
aku pendamkan saja apa yang ada dihati
aku hanya mampu senyum dan tak perlu kata apa-apa
andai kau faham
aku makin sesat dan hilang arah tuju dalam mencari di dalam
kegelapan
bantulah aku jika kau rasa perlu
abaikan lah aku jika kau rasa perlu
aku tidak memaksa tapi mahu kau berfikir
sampai bila harus begini
berikan aku sesuatu yang pasti!